Kedudukan Ayahanda Dan Bonda Rasulullah Di Akhirat Nanti -2

 

SAHIHKAH HADIS YANG MENUNJUKKAN IBU BAPA NABI S.A.W BUKAN MUSLIM?
As salam Dr. Saya ada melihat video ustaz khalid basalamah dalam kuliahnya ketika beliau di tnyakam tentang status kematian ibu bapa Rasulullah dalam keadaan bukan islam. Dan ada hadis riwayat imam muslim yg sy tidak ingat. Betulkah ada hadis sedemikian yg?
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Hadis-hadis tersebut adalah sahih. Ia ada dalam Sahih Muslim.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ زَارَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ ‏ "‏ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ ‏"‏ ‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menziarahi kubur ibunya. Baginda menangis lalu membuatkan orang di sekeliling baginda menangis. Baginda bersabda: Aku meminta izin kepada tuhan ku untuk memohon keampunan untuk ibu ku, tetapi Allah tidak mengizinkan. Aku meminta izin pula untuk menziarahi kuburnya, lalu Allah mengizinkan aku. Ziarahilah kubur, sesungguhnya ia mengingatkan kepada kematian. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 976].
Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Syarah Sahih Muslim:
وفيه : النهي عن الاستغفار للكفار .
Pada hadis ini terdapat larangan daripada memohon keampunan untuk orang kafir.
عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَجُلاً، قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيْنَ أَبِي قَالَ ‏"‏ فِي النَّارِ ‏"‏ ‏.‏ فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ فَقَالَ ‏"‏ إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ
Daripada Anas radiallahu 'anhu, bahawa seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah, di manakah ayah ku? Baginda menjawab: Di neraka. Apabila dia beredar, baginda memanggilnya lalu berkata: Sesungguhnya ayah ku dan ayah mu di neraka. [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 203].
Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim:
فيه : أن من مات على الكفر فهو في النار ، ولا تنفعه قرابة المقربين ، وفيه أن من مات في الفترة على ما كانت عليه العرب من عبادة الأوثان فهو من أهل النار ، وليس هذا مؤاخذة قبل بلوغ الدعوة ، فإن هؤلاء كانت قد بلغتهم دعوة إبراهيم وغيره من الأنبياء صلوات الله تعالى وسلامه عليهم . .
Hadis ini menunjukkan sesiapa yang mati dalam keadaan kafir, maka dia di neraka. Kaum kerabatnya tidak akan mampu memberi manfaat kepadanya. Pada hadis ini jua menunjukkan bahawa sesiapa yang mati dalam waktu fatrah di mana masyarakat Arab menyembah berhala, maka mereka ini di neraka. Ini bukanlah hukuman yang dijatuhkan sebelum sampainya dakwah kepada mereka. Sesungguhnya telah sampai kepada mereka dakwah Nabi Ibrahim dan nabi-nabi yang lain.
Imam al-Baihaqi menyatakan dalam Al-Sunan Al-Kubra (14458)sebelum membawakan hadis Anas dan Abu Hurairah di atas:
وَأَبُواهُ كَانَا مُشْرِكَيْنِ بِدَلِيلِ مَا أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ.....
Kedua ibu bapa baginda adalah musyrikin berdalilkan.... (kemudian beliau membawakan hadis Anas dan Abu Hurairah di atas).
Sebahagian ulama pula tidak bersetuju dengan pandangan di atas kerana menurut mereka ibu bapa nabi sallallahu 'alaihi wa sallam adalah mereka yang belum sampai dakwah kepadanya. Mereka jua berhujah bahawa 'bapa' yang dimaksudkan dalam hadis di atas boleh jua merujuk kepada bapa saudara, datuk etc. Ini berdasarkan penggunaan lafaz bapa dalam al-Quran:
أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (133)
Mereka berkata: Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan BAPA-BAPA KAMU, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya. [Al-Baqarah : 133].
Sebahagian ulama seperti Imam al-Sayuti juga berpendapat hadis Anas ini adalah lemah, akan tetapi ia adalah pendapat yang silap.
Kesimpulan:
1- Hadis berkaitan hal ini adalah sahih.
2- Ulama berbeza pendapat dalam memahami maksudnya. Akan tetapi yang zahir menunjukkan bahawa ibu bapa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam adalah bukan Muslim.
3- Tidak perlu kafir mengkafir dalam hal ini.
4- Manakala guru Dr Rozaimi syeikh Syuaib al-arnout pula mendaifkan riwayat Muslim dan menganggapnya silap. Maka pada beliau berpandangan ibu bapa Nabi sallallah alaih wasallam di dalam syurga.
Wallahua'lam.
-ADMIN-

Comments

Popular posts from this blog

Kedudukdan Ayahanda n Bonda Rasulullah Di Akhirat