Posts

Kedudukan Ayahanda Dan Bonda Rasulullah Di Akhirat Nanti -2

  SAHIHKAH HADIS YANG MENUNJUKKAN IBU BAPA NABI S.A.W BUKAN MUSLIM? As salam Dr. Saya ada melihat video ustaz khalid basalamah dalam kuliahnya ketika beliau di tnyakam tentang status kematian ibu bapa Rasulullah dalam keadaan bukan islam. Dan ada hadis riwayat imam muslim yg sy tidak ingat. Betulkah ada hadis sedemikian yg? Jawapan: Waalaikumussalam wbt. Hadis-hadis tersebut adalah sahih. Ia ada dalam Sahih Muslim. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ زَارَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ ‏ "‏ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ ‏"‏ ‏ Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menziarahi kubur ibunya. Baginda menangis lalu membuatkan orang di sekeliling baginda menangis. Baginda bersabda: Aku meminta izin kepada tuhan ku untuk memohon keampunan untuk ibu ku, tet

Kedudukdan Ayahanda n Bonda Rasulullah Di Akhirat

Menjawab Page The Patriot Isu Kedudukan Ayah Ibu Rasulullah dan Respon Terhadap Follower Mereka 1. Saya membaca artikel page the patriot berkenaan isu di mana kedudukan ibu bapa baginda. Di ruangan komen page itu, saya membaca ramai netizen menyokong artikel itu dan mengatakan fahaman wahabi yang mendakwa kedudukan ibu bapa nabi di neraka. 2. Pertama sekali, isu ini berkenaan kedudukan orang tua Rasulullah di syurga atau neraka tidak ada kena mengena dengan masalah akidah wahabi, asyairah dan sebagainya. Hal ini kerana Imam Syihabudin yang bermazhab syafie berkata: وابوه صلي الله عليه وسلم كان من المشركين الذين يعبدون الأصنام حال تعبدهم بشريعة عيسى "Sedangkan bapa baginda Rasulullah termasuk dalam kalangan orang-orang musyrik yang menyembah berhala semasa mereka yakni masyarakay ketika itu beramal dengan syariat Nabi Isa Alaihissalam" (Fatawa al-Ramli fi Furu' Syafieyah) Ini pandangan Imam Syihabudin ulamak mazhab syafie. Beliau berpandangan ibu bapa baginda sebagai musyr