Kedudukdan Ayahanda n Bonda Rasulullah Di Akhirat


Menjawab Page The Patriot Isu Kedudukan Ayah Ibu Rasulullah dan Respon Terhadap Follower Mereka
1. Saya membaca artikel page the patriot berkenaan isu di mana kedudukan ibu bapa baginda. Di ruangan komen page itu, saya membaca ramai netizen menyokong artikel itu dan mengatakan fahaman wahabi yang mendakwa kedudukan ibu bapa nabi di neraka.
2. Pertama sekali, isu ini berkenaan kedudukan orang tua Rasulullah di syurga atau neraka tidak ada kena mengena dengan masalah akidah wahabi, asyairah dan sebagainya. Hal ini kerana Imam Syihabudin yang bermazhab syafie berkata:
وابوه صلي الله عليه وسلم كان من المشركين الذين يعبدون الأصنام حال تعبدهم بشريعة عيسى
"Sedangkan bapa baginda Rasulullah termasuk dalam kalangan orang-orang musyrik yang menyembah berhala semasa mereka yakni masyarakay ketika itu beramal dengan syariat Nabi Isa Alaihissalam"
(Fatawa al-Ramli fi Furu' Syafieyah)
Ini pandangan Imam Syihabudin ulamak mazhab syafie. Beliau berpandangan ibu bapa baginda sebagai musyrik.
3. Sebab itu kita tidak boleh kaitkan isu ini dengan akidah. Jika kita mendakwa pandangan mengatakan kedua ibu bapa baginda di neraka sebagai pandangan wahabi, kita telah mendakwa ulamak sunni yang bermazhab syafie sebagai wahabi. Ini sesuatu yang bahaya. Komentar netizen di ruangan page itu bahaya saya lihat.
4. Jawapan terhadap artikel page patriot pula, page ini mengatakan maksud hadith sabda Rasulullah إن أبي وأباك في النار
"sesungguhnya ayah aku dan ayah engkau di neraka".
Page tersebut mengatakan maksud أبي dalam hadith ini bukan bermaksud ayah Rasulullah. Akan tetapi ia bermakna bapa saudara baginda. Maksudnya bapa saudara rasulullah iaitu abu talib di neraka. Bukan bapa rasulullah.
Tidak dinafikan ada ulamak memahaminya sebagai begitu seperti Imam Suyuti. Tetapi bagaimana kita hendak memahami hadith dibawah. Bukan kah ia jeles menyebut berkenaan ibu rasulullah. Yang mana Rasulullah dilarang oleh Allah mendoakan mereka.
5. Rasulullah bersabda:
اسْتَأْذَنْتُ رَبِّى أَنْ أَسْتَغْفِرَ لأُمِّى فَلَمْ يَأْذَنْ لِى.
"Aku minta izin kepada Rabku untuk memohonkan keampunan bagi ibuku, namun Dia (Allah) tidak mengizinkanku."
(Sahih Muslim, no: 2303, Sunan Abu Daud, no: 3236, Sunan an-Nasai, no: 2046 dan Musnad Ahmad, no: 9688)
Hadith ini jelas perkataan dan maksudnya. Baginda dilarang untuk mendoakan keampunan bagi keluarga baginda. Seperti mana kita ketahui, kita diharamkan mendoakan orang kafir dan musyrik apabila mereka telah meninggal dunia. Ulamak hadis mazhab syafie iaitu Imam Baihaqi berkata:
وابواه كانا مشركين
"Dan kedua ibu bapa baginda adalah mushrikin"
(Imam Baihaqi, Sunan al-Kubra)
6. Sebenarnya masih banyak kritikan dapat ditulis terhadap artikel tersebut. Contohnya seperti mereka gagal memahami apakah itu ahli fatrah dengan baik.
7. Tulisan yang saya coretkan ini pun terlalu simple sebenarnya, sebab saya tidak mahu terlalu syadid keras dalam masalah ini. Hal ini kerana ia khilafiah. Ia bukanlah isu melibatkan batal akidah. Kerana pandangan yang mengatakan kedua ibu bapa baginda muslim juga pandangan ulamak hadith seperti Syaikh Syuaib al-Arnout dan pandangan kedua ibu bapa baginda mushrik juga pandangan ulamak hadith seperti Imam Baihaqi.
Akan tetapi malangnya sikap sesetengah mengheret isu ini sebagai isu perselisihan antara salafiah dan asyairah. Bahkan melibatkan kafir mengkafir satu sama lain. Jika mengatakan kedua ibu bapa baginda ke neraka atau syurga, sedikit pun tidak mengurang atau menambahkan kemulian baginda. Baginda tetap suri tauladan bagi umat Islam. Nabi Nuh juga keluarganya kufur terhadap Allah. Jadi ia bukan satu keaiban.
Oleh : Unit Kajian Manhaj Clear Publication Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Kedudukan Ayahanda Dan Bonda Rasulullah Di Akhirat Nanti -2